Wednesday, February 15, 2012

RITUAL tanpa SPIRITUAL

Seorang ketua sami tinggal di dalam kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. kedua-duanya sangat akrab. Kemana sahaja ketua sami itu pergi, si kucing akan ikut bersama

Namun, keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila si ketua sami sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut, konsentrasinya sering terngangu apabila kucing kesayangannya itu menggesel dan mengelus-gelus disisinya

Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia mengikat kucing di sebatang tiang di tepi kuil

Begitu la hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami itu sangat diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.

Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru pula dilantik. Begitu pun, Setiap kali ketua sami yang baru hendak mengepalai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga.

Tidak berapa lama, kucing itu pula mati. Ironisnya, ketua sami yang baru ini mencari kucing lain sebagai pengganti, dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali penyembahan berhala

Begitu la rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan ketua sami datang dan pergi, silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual dalam agama tersebut; setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari seekor kucing untuk ditambati pada tiang kuil.


Pengajaran:
Sering berlaku dalam ajaran mana-mana agama, amalan ritula dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap TAKLID secara membuta-tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa di sedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat

No comments:

Post a Comment